Friday, March 21, 2008

Kejayaan Demi Kejayaan




Kelab Penyelidikan dan Inovasi (RIC) dengan kerjasama Makmal Robotik dan Automasi UTM City Campus, Kuala Lumpur telah menghantar 5 orang pelajar yang dijemput untuk membuat gimik sempena Hari Kerjaya Kelab Oleokimia ’08, pada 15 Mac 2008 bertempat di Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid bin Samsudin.

Turut menghadiri majlis perasmian ialah Ketua Program Oleokimia, Prof. Dr. Mohd Ambar bin Yarmo dan wakil-wakil syarikat iaitu Kilang Baja Organik (ACI) All Cosmos Sdn. Bhd. , Malaysian Palm Oil Board (MPOB) , SME Bank , Cargill Sdn. Bhd. , Fikrah Tecnologies Sdn. Bhd.

Gimik perasmian ini telah diketuai oleh saudara Dafizal bin Derawi dan telah dijayakan bersama dengan saudara Mohd Izham bin Mohamad Yusuf , saudara Mohd Ridzuan bin Johary , saudara Mohd Burhanudin bin Yusof , dan saudara Muhd Azizi bin Hamidin. Gimik ini telah direka khas dengan bertemakan BIO-BASED ENERGY dan mengambil masa hanya 5 hari untuk disiapkan. Selain daripada itu, UTM City Campus juga telah menghantar perwakilan seramai 20 orang ke Hari Kerjaya tersebut.

Link Buletin City Campus