Friday, March 21, 2008

Program Memperkasakan Bidang Penyelidikan Dan Inovasi

Program Memperkasakan Bidang Penyelidikan Dan Inovasi merupakan satu pendekatan kearah melahirkan inovasi di dalam bidang kejuruteraan di UTMKL. Antara syarikat yang turut hadir memberikan taklimat tentang inovasi dan cara membangunkan produk(R & D) ialah Sirim dan ZulDesign, yang merupakan antara syarikat yang ternama di Malaysia..


Tarikh : 22 March 2008
Tempat : Dewan Kuliah 6,UTM City Campus
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang

*Makanan dan Pengangkutan di sediakan
*Tiada Bayaran Dikenakan


Kejayaan Demi Kejayaan




Kelab Penyelidikan dan Inovasi (RIC) dengan kerjasama Makmal Robotik dan Automasi UTM City Campus, Kuala Lumpur telah menghantar 5 orang pelajar yang dijemput untuk membuat gimik sempena Hari Kerjaya Kelab Oleokimia ’08, pada 15 Mac 2008 bertempat di Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid bin Samsudin.

Turut menghadiri majlis perasmian ialah Ketua Program Oleokimia, Prof. Dr. Mohd Ambar bin Yarmo dan wakil-wakil syarikat iaitu Kilang Baja Organik (ACI) All Cosmos Sdn. Bhd. , Malaysian Palm Oil Board (MPOB) , SME Bank , Cargill Sdn. Bhd. , Fikrah Tecnologies Sdn. Bhd.

Gimik perasmian ini telah diketuai oleh saudara Dafizal bin Derawi dan telah dijayakan bersama dengan saudara Mohd Izham bin Mohamad Yusuf , saudara Mohd Ridzuan bin Johary , saudara Mohd Burhanudin bin Yusof , dan saudara Muhd Azizi bin Hamidin. Gimik ini telah direka khas dengan bertemakan BIO-BASED ENERGY dan mengambil masa hanya 5 hari untuk disiapkan. Selain daripada itu, UTM City Campus juga telah menghantar perwakilan seramai 20 orang ke Hari Kerjaya tersebut.

Link Buletin City Campus



Sunday, March 9, 2008

Sumo Robot Competition 2008

Dengan segala hormatnya, Kelab RIC akan menganjurkan pertandingan
yang julung2 kalinya diadakan di UTM City Campus ini...
Pertandingan ini akan diadakan pada 9 April 2008 bertempat di Dataran Ilmu....


Video ini adalah contoh2 sumo robot yang akan dipertandingkan..


Gimik Perasmian MPG '08



Ini adalah salah satu projek yang diusahakan oleh Kelab Penyelidikan dan Inovasi UTMKL.. dengan kerjasama Makmal Robotik dan Automasi UTMKL...